YouTube : Kelebihan dan keburukan


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat.

Perkongsian saya pada hari ini adalah mengenai Youtube : Kelebihan dan keburukan yang ada padanya.
Saya yakin setiap daripada kita sangat suka menontonton atau mengakses ke laman ini pada masa-masa senggang untuk menonton pelbagai video yang digemari. begitu juga saya.

Baiklah. Mari kita ketahui lebih lanjut tentang Youtube. 


YouTube merupakan salah satu laman web komunikasi awam di atas talian. Laman web ini telah direka khas untuk memuat naik rakaman video dan boleh dikongsikan bersama pengguna lain. Pengguna yang berdaftar boleh meletakkan apa sahaja rakaman video yang dikehendaki di laman web YouTube. Selain itu, mereka juga boleh menonton setiap video yang dimuat naik oleh pengguna-pengguna lain di laman tersebut. YouTube mengandungi pelbagai jenis video yang menarik dan unik untuk ditontoni. Video-video yang jarang didapati dan dilihat di tempat sendiri juga boleh didapati di laman web YouTube. Video yang dimuat naik bukan sahaja bertujuan hiburan semata-mata, namun ia mempunyai pelbagai kandungan yang dapat dimanfaatkan bersama. Antara jenis video yang terdapat di laman web ini ialah bertujuan profesional, pendidikan, komersial, keagamaan, pemasaran, komedi, muzik, rakaman isu-isu semasa, rakaman konsert dan banyak lagi.

Laman web YouTube telah ditubuhkan pada 15 Februari 2005 oleh Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim. Sebelum tertubuhnya laman web ini, pengasas YouTube ini  telah menyedari beberapa masalah kecil yang dialami semasa ketiadaannya. Antara masalah yang dihadapi ialah seperti manusia boleh merakam video dengan menggunakan pelbagai teknologi digital terkini sama ada ia mahal mahupun murah, namun tidak ada cara yang baik untuk menunjukkan rakaman tersebut dengan orang lain. Selain itu, fail video yang dihantar melalui e-mel juga mempunyai kapasiti yang besar dan berat untuk dimuat naik. Maka dengan adanya YouTube, pengguna hanya perlu menyiarkan video tersebut di dalam laman web YouTube dan menghantar ‘link’ URL kepada sesiapa sahaja yang ingin dikongsikan bersama. 

Antara kelebihan Youtube adalah  mudah untuk berkongsi dengan pengguna aplikasi lain seperti aplikasi ‘facebook’, ‘twitter’, ataupun dihantar melalui e-mel. Contohnya, di setiap bawah video akan terdapat pilihan perkongsian pengguna. Oleh itu, pengguna dengan mudah mengklik pada ‘button Like’ dan mengesyorkan kepada rangkaian aplikasi yang lain. Dengan cara ini juga, laman media sosial boleh memaksimumkan kapasiti perkongsian video pengguna. Selain itu, kebaikan laman web Youtube ialah boleh didaftar dan digunakan secara percuma seumur hidup. Tiada bayaran pendaftaran mahupun lain-lain bayaran yang dikenakan.  

Setiap laman web pasti ada kekurangan atau keburukan yang  boleh dikawal jika kita sendiri tahu untuk mengawal cara penggunaannya. Antara keburukan penggunaan Youtube ialah lambakan video-video yang yang tidak sepatotnya. Sebagai contoh video-video yang memaparkan aksi ganas dan aksi seks. Penggunaan internet dan Youtube terdiri daripada pelbagai lapisan usia termasuk kanak-kanak dibawah umur. Dengan adanya video-video seperti ini sememangnya tidak baik untuk lapisan usia seperti ini. Hal ini demikian kerana menyebabkan terpengaruh dan terikut dengan adegan-adegan di dalam video-video tersebut. 

Antara keburukan yang lain ialah ketagihan menggunakan Youtube, pelajar sudah tidak hirau dengan kesihatan dan sanggup tidak tidur semata-mata menonton video dan “movie” yang terdapat dalam Youtube. Menurut kajian di Korea, terdapat 37.7% pelajar sekolah tinggi mengalami insomnia kerana ketagihan menggunakan internet dan Youtube. Di Jepun pula, pelajar yang ketagihan menggunakan internet dan youtube, boleh menggunakan internet tanpa berhenti sehingga 40 jam dan secara tidak langsung ia memudaratkan kesihatan. Ketagihan menggunakan Youtube boleh merenggangkan hubungan persahabatan, hubungan kekeluargaan dan seterusnya mengubah cara dan gaya hidup seseorang. Bagi pelajar pula, ketagihan kepada Youtube akan menjadikan seseorang pelajar tersebut pasif, malas untuk kesekolah, mengantuk kerana menggunakan internet sepanjang masa dan memberi kesan kepada tahap pembelajaran seseorang.  

Itulah antara pendapat saya mengenai kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang terdapat pada Youtube. Keburukan itu dapat diatasi jika kita sendiri bijak dalam menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah.

Sekian, terima kasih.

-Hanim-

Comments

  1. Terima kasih Hanim atas perkongsian itu. Selamat pagi dan salam sejahtera semua.

    Pendapat saya mengenai Youtube ini pula adalah Youtube bukan sahaja dimanfaatkan semata-mata untuk ditonton oleh pengguna internet. Malah, Youtube juga digunakan untuk meraih pendapatan seperti dijadikan laluan untuk mempromosikan produk-produk atau servis yang disediakan oleh peniaga-peniaga. Pihak peniaga mampu memperkenalkan produk mereka melalui Youtube selain membayar iklan kepada pihak Television mahupun radio.

    Selain itu, Youtube juga boleh dijadikan aplikasi untuk menonjolkan bakat diri. Seperti yang kita tahu, pada masa kini, ramai penyanyi dan juga pelakon yang telah menjadi terkenal apabila mereka memuat naik video mereka melalui Youtube. Dengan itu, mereka akan mula berjinak dengan industri seni.

    Bukan hanya bidang nyanyian, video lawak serta inspirasi juga mampu menjadikan seseorang itu dikenali orang ramai. Contohnya, seorang 'Youtuber' bernama Adam Syamil yang berasal dari Sabah telah menjadi terkenal dengan video-video yang menarik. Beliau juga telah dipanggil untuk datang ke universiti kita sendiri untuk berkongsi pengalaman. Kita dapat melihat bahawa Youtube amat membantu kita untuk menonjolkan bakat yang ada pada diri.

    Walaubagaimanapun, terdapat juga individu yang tidak menggunakan Youtube dengan bijak. Misalnya, mereka mengaut keuntungan dengan memuat naik video-video yang lucah dan berunsur ganas. Bukan itu sahaja, menggunakan Youtube tanpa menghiraukan persekitaran juga situasi yang amat membimbangkan.

    Seperti yang saudari Hanim katakan, ia boleh mengganggu kesihatan individu tersebut. Penggunaan Youtube yang terlalu lama menyebabkan individu tersebut terlalu taksub sehingga menghiraukan perkara yang lebih penting boleh menjejaskan prestasi kerja, persekolahan atau pergaulan dengan masyarakat sekitarnya.

    Kesimpulannya, Youtube merupakan aplikasi yang sepatutnya mendatangkan faedah kepada semua jika ia digunakan secara berhemah dan rasional. Berfikir sebelum memuat naik kandungan video adalah amat perlu untuk mengelakkan penyalahgunaan Youtube.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudari hanim.

    Saya bersetuju bahawa youtube hari ini membantu dalam pembelajaran. Saya sendiri mengguna youtube untuk mendapatkan maklumat seperti cara mengunakan SPSS, pemahaman tentang teori dan sebagainya. Dengan adanya youtube ia mampu memudahkan kehidupan.

    Tetapi ia juga membawa kesan negetif kepada si pengguna, saperti saya sendiri, jujur saya katakan saya pernah tidur lewat malam kerana melayari youtube, kerana menonton filem secara online. ia memang membawa kesan kepada tubuh badan saya.

    dan boleh saya katakan itu jarang berlaku, kerana saya akan sakit kepala jika terlalu lame menghadap telefon atau leptop, dan jika saya menghadapi perkara ini saya akan melihat tumbuh-tumbuhan hijau untuk membantu menghilangkan sakit kepada akibat silau cahaya gajet tersebut.


    ReplyDelete
  3. Hi Hanim,

    There is no doubt that YouTube does have its own advantages and disadvantages. The advantages can be enhanced, as well the disadvantages can be stopped or restricted if the users really understand the ethics of using the social media.

    Since YouTube provide a platform for users to watch any kind of videos, it has created quite a big challenge in handling the media, as users are more inclined in “watching” things than “reading” it.

    The disadvantage such as, a lot of immoral videos posted and being watched by underage children, could lead to more serious consequences in a way that, it will develop the children’s negative behaviours. For example, they might become more violent or prone towards sex activities when they grow up.

    So this is where the parents or adults’ role steps in to prevent the negative consequences from happening. The parents must monitor their children’s activities especially when they are using YouTube, and if possible block any kind of accounts that are providing indecent videos. Never give them the opportunity to become bad when you can save them. That is all from me. Thank you.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum and good afternoon.

    Thank you Hanim for sharing your opinion. We cannot denied that there are the advantages and disadvantages of YouTube.

    The advantages of YouTube are we can learn new things and we can get news from all around the world. There are many things that I learn from YouTube such as new styles of hijab, food, foreign languages and many more. We can even get the entertainment such as songs and movies from YouTube.

    The disadvantage of YouTube is that it is an open platform, which means people not only can share good things but also bad things. There are some videos in YouTube that have age restrictions. Only anyone who are above 18 can view the videos. However, the children and teenagers nowadays are so clever, that they managed to figure out how to past the age restriction.

    Parents play important part to avoid this kind of things from happening. They need to monitor the children when their children are watching or using the YouTube. The parents also can teach the children what they should do and what they should not do when they are watching YouTube. If we have the will, we can overcome any problem.

    That is all from me. Thank you.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumsalam. Hello everyone.

    YouTube is always becomes my favorite topic to be discussed. Whenever I get WiFi connection, this video site is the first thing that I will go to. Based on my experience, there are few advantages that I get by accessing YouTube.

    Firstly, I use this video site to watch any music videos. Not only watch it, I can download the video after that if I want to watch it again. There are a lot of videos in YouTube, starting from informational purpose, educational, health, entertainment and so on. The best thing of this site is it does not requires us to create an account if we have to watch or download any videos in it. Unless, if we want to upload, then we have to make an account.

    Besides that, I also use this site to watch streaming. Since I do not have television in my house here, I use YouTube to watch live streaming from Indonesia. So, there will be a TV channel in Indonesia provide live streaming in YouTube. I'm really thankful for this feature because I can watch Indonesia TV program here.

    On the other hand, there is a disadvantage from YouTube. As we know, everyone can get access to it easily as long as they have internet connection. Starting from children until older people. Within YouTube, we can find any videos regardless it is bad or good. The problem that I want to highlight is there is an opportunity for children to be exposed with bad videos. Therefore, parent's role is important here to make sure their children's activity in YouTube.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Okay. YouTube dan kebaikan serta keburukannya. Saya kebiasaannya menggunakan YouTube sekadar untuk mendapatkan hiburan seperti menonton cerita, rancangan televisyen dan sebagainya. Walau bagaimanapun saya tidak menafikan Youtube sememangnya boleh digunakan juga sebagai satu platform untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kadang kala saya juga mengakses YouTube untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam sesuatu projek kajian.

    Namun, pada pandangan saya, YouTube adalah merupakan salah satu media sosial yang amat merbahaya jika dibandingkan dengan media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Hal ini demikian kerana, YouTube hanya memaparkan video sahaja dan jika kanak kanak yang menggunakannnya tanpa pengawasan orang dewasa mereka boleh terdedah dengan video-video yang tidak elok dengan sangat mudah.

    Secara ringkasnya, kebaikan dan keburukan penggunaan YouTube bergantung kepada pengawalan penggunaannya sendiri. Tanpa kawalan, semua perkara boleh membawa kepada kerosakan. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam.Terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik hanim.

    Pada pendapat saya Youtube adalah sangat memberi kebaikan kepada kita semua. Tetapi keburukan Youtube juga boleh diperkatakan disini. Pertama sekali saya ingin berkongsi mengenai kebaikan daripada Youtube ini. Youtube sangat memberi keutamaan kepada masyarakat yang ketagih dengan filem-filem mahupun video lagu untuk dijadikan sebagai hiburan dalam kehidupan seharian. Saya juga turut meminati Youtube kerana daripada situ saya boleh mengakses video-video hiburan yang saya minat. Selain daripada itu, Youtube juga telah menjadi keutamaan kepada golongan pekerja yang tidak mempunyai peluang masa untuk menonton siaran langsung seperti perlawanan bola sepak, maharajalawak mega dan sebagainya secara langsung di televisyen. Jadi, Youtube telah memberi titik kebahagian dan kepuasan kepada pekerja yang tidak mempunyai peluang menonton televisyen. Saya juga ingin menambah mengenai kelebihan Youtube iaitu Youtube merupakan salah satu pakej yang terdapat dalam rangkaian internet Digi Live yang diberi percuma setiap minggu untuk selamanya. Jadi, pengguna yang menggunakan rangkaian internet Digi Live tersebut boleh mengakses Youtube pada bila-bila masa sahaja.

    Manakala keburukan Youtube yang saya boleh kongsikan adalah Youtube yang tidak ditapis boleh disalahgunakan oleh orang-orang yang tidak sepatutnya. Contohnya, remaja yang sedang dalam mencari kebebasan hidup akan menyalahgunakan Youtube ini dengan mengakses video-video lucah. Ini memberi kesan buruk kepada pemikiran remaja itu sendiri dalam kehidupan seharian mereka. Youtube adalah saluran yang mudah diakses untuk apa-apa sahaja video tanpa adanya tapisan daripada pihak yang berkuasa. Jadi, pada pendapat saya Youtube boleh dianggap sebagai media sosial yang wujud negatif dan positifnya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Good Day Everyone,

    I don’t know about others but I often go on YouTube for two things, watching WatchCut videos and go for fans courtesy videos of Song Ji Hyo my Korean Actress :P

    I am sorry since I don’t have smaller siblings, I don’t know how exactly what they did with YouTube thus I am not going to touch on that. As far as I am concern, I have a niece and a nephew; both of them are provided with one laptop each (to refrain them from berebut) all we watch it from far on what videos they are watching. Thank god, they are not interested with other videos apart from nursery rhymes.

    One thing that I like about my sister’s system of internet viewing for the kids is, they can only watch videos from YouTube for a certain period of time. She controls the usage of the internet because she doesn’t want her kids to be so addicted to the internet. She rather has a messy house than letting her kids getting attach to the device. I guess that is where the parenting roles is so crucial.

    Anyhow, I still view this entire social media as positive benefits to us regardless of all age.

    That is all from me, Thank You.

    Nurul Atiqah Mohd Azman

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fight for LGBTI's rights

Entitlement.